Tuesday, 4 December 2012

Istikharah Cinta...




Bersaksi cinta diatas cinta,
Dalam alunan tasbih ku ini,
Menerka hati yang tersembunyi,
Berteman dimalam sunyi penuh do'a,

Sebut nama Mu terukir merdu,
Tertulis dalam sajadah cinta,
Tetapkan pilihan sebagai teman,
Kekal abadi hingga akhir zaman,

Istikharah cinta memanggilku,
Memohon petunjukMu,
satu nama teman setia,
Naluriku berkata,

Dipenantian luahan rasa,
Teguh satu pilihan,
Pemenuh separuh nafasku,
Dalam mahabbah rindu,

diistikharah cinta..^^



Ya Allah, aku beristikharah kepadaMu dengan harapan aku dapat menentukan siapa jodohku.
jika dia yang Engkau tetapkan untukku, satukan lah kami suatu hari nanti Ya Allah.
dan jika dia bukan untukku, hilangkanlah perasaan suka aku ini terhadapnya.
Semoga itu jalan yang terbaik bagiku & dirinya.
Hanya padaMu aku memohon supaya aku tidak lagi kecewa & sedih kerna manusia...

Wednesday, 17 October 2012

cara nak check shutter count camera DLSR.

mungkin ada di kalangan korang xtahu cmna nak check shutter camera korang.

ni cara2 dia.

1st : klik link di bawah ni

http://www.myshuttercount.com

2nd : upload gambar terakhir yg anda capture dgn kamera DLSR anda.




3rd : selepas anda upload, anda akan dapat hasil mcm gambar di bawah ni :






sekian, terima kasih..:)

Monday, 1 October 2012

Promosi AirAsia Datang Lagi!!!

harga tiket bermula dari rm39.

tempoh tempahan : 1 Oktober 2012- 7 Oktober 2012

tempoh penerbangan : 8 Oct - 31 Disember 2012..

sila rujuk link di bawah untuk menempah

http://www.airasia.com/my/ms/promotion/rr2611012.page

sekian, terima kaseh..:)

Saturday, 22 September 2012

Promosi AirAsia


book ticket  : 20-23sep 2012

fly : 1 Apr - 30sept 2013

klik link di bawah :

http://www.airasia.com/sg/en/home.page

sementara promotion masih ada, baik korang book cepat2..

sebab kebanyakan hari sabtu dan ahad sudah ramai orang yang book..

Kalendar Akademik UTeM Sarjana Muda sesi 2012-2013

sila rujuk di sini ya :


http://www.utem.edu.my/web2012/download/ijazah1213.pdf


semoga yang duk jauh tu boleh book tiket flight awal.


trima kasih..:)

Wednesday, 19 September 2012

Mawar Merah (red rose)


Bunga mawar memang bunga digemari ramai, terutamanya kaum perempuan la. Malah mak aku pom suka bunga mawar merah ni. Gambar mawar merah ni pom aku ambik dekat kawasan rumah aku( rumah ayahnda & ibunda ku..pastu aku edit sikit2..hehe)..

Bunga ni juga dikenali dengan nama ros. Selain mempunyai warna yang cantik, bunga ini juga berbau harum. bau ni la yang biasa digunakan oleh kaum adam untuk pikat kaum hawa. jangan main2..hahaha.. tp zaman dah berubah, dunia semakin maju. orang dah jarang pakai bunga rose ni untuk pikat orang lain. yang diaorg guna ialah ipad, samsung galaxy, iphone la..macam2..



Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan atau pun persahabatan.





Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. kan biasa kalau kita tengok cerita melayu2, pasangan couple bagi bunga rose ni. xkanla nak bagi bunga tahi ayam..haha.


Dalam kelembutan warnanya dan harumnya, MAWAR berduri. so, apabila nak petik tu, berhati2 la ok.

Tuesday, 18 September 2012

"man jadda wa jadda"








Assalamualaikum..

Mungkin anda pernah dengar ungkapan "man jadda wa jadda" dan mungkin ada yang xpernah dengar kan??.

"man jadda wa jadda" memberi maksud "sesiapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapatkannya".

Kebanyakkan ramai orang yang dah tahu ungkapan ini, tapi tidak mengaplikasikan prinsip ini dalam hidup mereka. Malah mereka cepat mengalah, malas berusaha, dan menyerah pada takdir.

Alhamdulillah, ungkapan ini sangat memberi erti dalam hidup aku.
Dengan ungkapan inilah, aku bersungguh-sungguh berusaha untuk dapatkan sesuatu kerna aku percaya Allah akan tolong hamba-Nya yang berusaha bersungguh-sungguh.

Sejak aku mula buat blog ni, kawan-kawan aku semua mengejek aku. Katanya mereka yang blog ini hanya untuk orang perempuan, dan hanya untuk org yang "jambu2". Tapi, aku kuatkan semangat aku untuk terus jadi blogger kerana aku tahu dgn blog inilah aku akan dapat sedikit duit poket untuk belajar. InsyaAllah.

Jika kita memang bersungguh-sungguh, akan ada jalan untuk kita mencapai apa yang kita hajatkan, asalkan niat kita tu baik. Akan selalu ada jalan untuk menyelesaikan masalah kita.


"Dont worry, Allah always with us" :)




Monday, 17 September 2012

Malaysian Airlines A380

Pesawat sulung Malaysian Airlines A380 telah selamat mendarat di KLIA pd hujung bulan jun yang lalu. MAS telah menempah sebanyak 6 buah A380. Pesawat kedua telah pun tiba di klia pd awal bulan ogos yang lalu. Dan yg selebihnya akan tiba secara bergilir sehingga pertengahan tahun 2013. Airbus A380 ini dijana dengan 4 enjin Rolls Royce Trent 970 dan boleh memuatkan 494 penumpang dengan 8 tempat duduk first class.












Dgn sampainya pesawat baru ini, MAS merupakan pengendali pesawat ke-9 di dunia yang mengunakan Airbus A380 ini(kalau xsilap sy).Kapal terbang Airbus A380 MAS yang pertama akan memulakan perjalanan dari kuala lumpur ke london dan kapal terbang yang kedua akan memulakan perjalanan dari kuala lumpur ke australia. Harga tiket boleh tahan la jugak. hehe. Tidak lupa jugak yang pesawat ini mengandungi 18 buah tandas di dalamnya. Memang besar sgt2 kapal ni.













Gambar2 di atas semuanya sy ambil dr internet. Yang bawah2 ni baru gambar yang sy ambil sendiri mengunakan handphone yg xsberapa nk canggih sepanjang sy bekerja dengan Malaysian Airlines.












                                                             tempat duduk 1st class

                                                              individual 23 -inch screen


                                                        tangga di bahagian belakang kapal.


Macam tu la, cerita sedikit sebanyak tentang MAS A380 yang lebih dikenali dengan nama"dugong" ni. hehe..

Tapi yang paling best, makanan2 atas kapal ni memang sedap woo terutama makanan yang 1st class punya..:)



























Sunday, 16 September 2012