Monday, 17 September 2012

Malaysian Airlines A380

Pesawat sulung Malaysian Airlines A380 telah selamat mendarat di KLIA pd hujung bulan jun yang lalu. MAS telah menempah sebanyak 6 buah A380. Pesawat kedua telah pun tiba di klia pd awal bulan ogos yang lalu. Dan yg selebihnya akan tiba secara bergilir sehingga pertengahan tahun 2013. Airbus A380 ini dijana dengan 4 enjin Rolls Royce Trent 970 dan boleh memuatkan 494 penumpang dengan 8 tempat duduk first class.












Dgn sampainya pesawat baru ini, MAS merupakan pengendali pesawat ke-9 di dunia yang mengunakan Airbus A380 ini(kalau xsilap sy).Kapal terbang Airbus A380 MAS yang pertama akan memulakan perjalanan dari kuala lumpur ke london dan kapal terbang yang kedua akan memulakan perjalanan dari kuala lumpur ke australia. Harga tiket boleh tahan la jugak. hehe. Tidak lupa jugak yang pesawat ini mengandungi 18 buah tandas di dalamnya. Memang besar sgt2 kapal ni.













Gambar2 di atas semuanya sy ambil dr internet. Yang bawah2 ni baru gambar yang sy ambil sendiri mengunakan handphone yg xsberapa nk canggih sepanjang sy bekerja dengan Malaysian Airlines.












                                                             tempat duduk 1st class

                                                              individual 23 -inch screen


                                                        tangga di bahagian belakang kapal.


Macam tu la, cerita sedikit sebanyak tentang MAS A380 yang lebih dikenali dengan nama"dugong" ni. hehe..

Tapi yang paling best, makanan2 atas kapal ni memang sedap woo terutama makanan yang 1st class punya..:)



























No comments: