Malindo Air ialah penerbangan yang dimiliki Malaysia dan merupakan Joint Venture antara National Aerospace and Defense Industries (NADI) Malaysia (51%) dan Lion Air Indonesia (49%). Nama “Malindo” berasal daripada gabungan nama MALaysia dan INDOesia. CEO Malindo Air ialah Mr Chandran Ramamuthy yang juga merupakan pembantu exekutif personal kepada Pengarah Lion Air.
Malindo Air merupakan operator Boeing 737-900ER pertama di Malaysia. Dengan pesawat ini, Malindo Air akan menawarkan layanan yang lebih baik dari AirAsia, seperti free luggage, media hiburan, serta penyediaan makanan dan minuman percuma dalam penerbangan. Tidak hanya itu, Malindo Air telah berjanji akan memberikan harga tiket yang bersaing dengan AirAsia.
Pada tahun ini Malindo Air direncanakan akan mengoperasikan 12 pesawat Boeing 737-900ER yang seluruhnya merupakan pesanan Lion Air. Pesawat ini akan melayani penerbangan domestik dan internasional dari Kuala Lumpur, Malaysia.
pilot n pramugari Malindo Air.
Pada permulaannya, Malindo Air berhasrat untuk memulakan operasi pada 1 May 2013 di terminal baru KLIA 2 tetapi telah diawalkan kepada pertengahan Mac 2013. Penerbangan domestic dimulakan dahulu dengan destinasi Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching telah terpilih. Di masa hadapan Malindo Air akan menawarkan penerbangan ke India, Shenzhen, Guang Zhou dan Hong Kong.
Penerbangan pertama Malindo Air dijangkakan akan beroperasi bermula dari 22 Mac 2013. Di dalam penerbangan, penumpang akan dibekalkan TV (in-flight entertainment system) tidak kira seat kelas apa yang dipilih. Makanan percuma juga disediakan. Saiz tempat duduk ialah 32” (economy class) dan 45” (business class). Timbangan bagasi percuma sehingga 30KG juga ditawarkan. Perkhidmatan WIFI juga bakal disediakan bermula bulan Jun 2013. Lepas ini bolehlah penumpang membuka laman web kesukaan walaupun berada di UDARA! Kombinasi tawaran2 tambang murah ini menjadikan Malindo Air dikenali sebagai hybrid airline.
penumpang boleh memasuki kapal melalui aerobridge. xperlu lg nk berpanas & berhujan mcm naik kapal air asia.
Sebagai kesimpulannya, kita boleh memilih untuk pilih antara Air Asia or Malindo Air krna dua2 menawarkan tambang yg murah utk kita fly ke tmpt yg kita mahu tuju. Apa-apa pun, semoga persaingan yang sihat ini antar Air Asia dan Malindo Air akan menguntungkan pengguna juga. Yahuu!!
No comments:
Post a Comment