Tuesday, 18 September 2012

"man jadda wa jadda"








Assalamualaikum..

Mungkin anda pernah dengar ungkapan "man jadda wa jadda" dan mungkin ada yang xpernah dengar kan??.

"man jadda wa jadda" memberi maksud "sesiapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapatkannya".

Kebanyakkan ramai orang yang dah tahu ungkapan ini, tapi tidak mengaplikasikan prinsip ini dalam hidup mereka. Malah mereka cepat mengalah, malas berusaha, dan menyerah pada takdir.

Alhamdulillah, ungkapan ini sangat memberi erti dalam hidup aku.
Dengan ungkapan inilah, aku bersungguh-sungguh berusaha untuk dapatkan sesuatu kerna aku percaya Allah akan tolong hamba-Nya yang berusaha bersungguh-sungguh.

Sejak aku mula buat blog ni, kawan-kawan aku semua mengejek aku. Katanya mereka yang blog ini hanya untuk orang perempuan, dan hanya untuk org yang "jambu2". Tapi, aku kuatkan semangat aku untuk terus jadi blogger kerana aku tahu dgn blog inilah aku akan dapat sedikit duit poket untuk belajar. InsyaAllah.

Jika kita memang bersungguh-sungguh, akan ada jalan untuk kita mencapai apa yang kita hajatkan, asalkan niat kita tu baik. Akan selalu ada jalan untuk menyelesaikan masalah kita.


"Dont worry, Allah always with us" :)




No comments: